• Kurma2u

Takwim


Bulan pada tahun Hijrah bermula dengan Muharam dan tahun Masihi bermula dengan Mac pada asalnya. Nama Muharam diberikan orang Arab terdahulu kerana di dalamnya dilarang peperangan selepas pelaksanaan haji pada Zulhijjah. Sedangkan Mac adalah nama tuhan perang orang Rom.

Jika diperhatikan sejarah penamaan bulan dalam tradisi Masihi dan Hijrah dan tahun lain kita dapati semuanya menggunakan bulan sebagai asal pengiraan masa. Pada mulanya bulan pada tahun Masihi hanya 10 bermula dari Mac hingga Disember yang bermakna hanya 10 bulan sahaja. Mereka menambah Januari dan Februari ke dalam ‘Ystemr’ kerana pada dua bulan itu tidak ada kegiatan kehidupan bermakna dan bulan berkenaan adalah musim sejuk.

Pada waktu itu bulan Januari dan Februari adalah musim dingin (jumad atau “beku”), maka orang Arab menamakannya sebagai Jumadil-Awwal dan Jumadil-Akhir.

Bulan pada Hijrah dari awal berjumlah 12 seperti diajarkan Nabi Syits dengan ketetapan Allah SWT. Ketika orang Arab terdahulu hendak menamakan bulan, mereka sepakat awal tahun dimulakan selepas selesainya pelaksanaan haji pada Zulhijjah supaya mudah diingati kerana ibadah itu adalah penyatuan bangsa Arab yang mengikuti ajaran Nabi Ibrahim AS.

Pada kalendar Kaum Tsamud sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Azdi, Rabi’ul Awal dinamakan sebagai ‘Murid’. Dalam kalendar sebelum kedatangan Islam, daripada riwayat Al-Bairuni, Rabi’ul Awal dikenali sebagai ‘Khawwan’ dan daripada riwayat Al-Mas’udi pula ia dikenali dengan nama ‘Thaliq’.

0 views