• Kurma2u

Takwim


Safar adalah bulan kedua dalam kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Perkataan ini bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan cuacanya adalah waktu yang berangin.

Pada bulan Oktober ketika itu, merupakan bulan perubahan daripada kemuncak musim panas kepada musim luruh, daun-daun mula menguning sehingga orang Arab juga menamakam bulan tersebut sebagai ‘As Shafar’ (‘kuning’).

Safar turut bermaksud kosong kerana dalam bulan ini masyarakat Arab (Badwi) sering meninggalkan rumah dan kampung halaman mereka menjadi lengang kerana melaksanakan tugas penting seperti berperang, menuntut bela kematian saudara dan berdagang.

0 views