• Kurma2u

Kebaikan Pati Buah Delima


Keradangan kronik adalah antara faktor utama kepada banyak penyakit membunuh seperti penyakit jantung, kanser, diabetes, alzheimer dan juga obesiti. Buah delima mempunyai ciri-ciri anti-radang yang berkesan, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh sifat-sifat anti-oksidan daripada punicalagin. Punicalagin adalah antioksidan yang terdapat dalam buah dan kulit delima.


Anti-oksidan dalam buah delima didapati tiga kali ganda lebih banyak daripada wain merah dan teh hijau.Kajian tabung uji menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan aktiviti keradangan dalam saluran pencernaan, kanser payudara dan sel-sel kanser kolon. Selain itu, terdapat juga satu kajian lain kepada pesakit kencing manis, ia mendapati bahawa 250ml jus delima setiap hari selama 12 minggu dapat menurunkan penanda keradangan CRP sebanyak 32% dan interleukin-6 sebanyak 30%.


Untuk Pembelian Secara Online : http://kurma2u.com/


Sumber : https://www.bidadari.my/khasiat-buah-delima-bukti-kajian/

1 view