• Kurma2u

Kebaikan Benih Bunga Matahari


Bunga matahari atau sunflower merupakan bunga yang sangat cantik dan kelihatan segar. Helianthus annuus merupakan nama saintifik bunga matahari yang berasal daripada keluarga Asteraceae. Ia merupakan bunga yang mendapat permintaan industri yang tinggi selepas rose dan hydrangea. Penanaman bunga matahari juga adalah sangat pesat di beberapa buah Negara seperti kebanyakan Negara eropah untuk menghasilkan minyak sayuran,kuaci, dan produk-produk lain.


Bunga matahari ini mempunyai lebih kurang 45 varieti dseluruh dunia. Antara variety yang popular ialah Mommoth rusian,Kong hybrid,Autumn beauty,Large grey stripe dan banyak lagi. Bunga matahari bukan sahaja cantik dan unik malah ia juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk tubuh badan kita. Kebanyakan masyarakat kita,hanya menanam bunga matahari sebagai tanaman hiasan. Sekiranya anda berminat untuk menanam dan ingin menikmati kecantikan dan keindahan bunga ini,maka kita boleh menanam di dalam pasu ataupun batas yang kecil.

5 views