• Kurma2u

Gerhana Matahari

Rakyat Malaysia sekali lagi bakal berpeluang menyaksikan

Anulus atau gerhana Matahari Cincin pada 26 Disember ini di 2 kawasan iaitu di Tanjung Piai Pontian Johor dan bandar Serian Sarawak.

Tempoh gerhana tersebut akan berlaku bermula pukul 1.21 petang hingga 1.23 petang di Tanjung Piai manakala di Serian, fenomena astronomi akan berlaku dalam tempoh kira-kira empat minit bermula .46 petang hingga 1.50 petang.

Menurut Pengarah Planetarium Negara Anita Bahari menjelaskan, Gerhana Matahari Cincin hanya akan berlaku di dua kawasan ini sahaja kerana pada ketika itu kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah selari.

Gerhana Matahari Cincin katanya pernah berlaku 21 tahun lalu iaitu pada 22 Ogos 1998 di Mersing, Johor.

Jelasnya pada waktu sama, seluruh negara juga akan turut mengalami fenomena Gerhana Matahari Separa yang akan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.

Selain itu, bersempena fenomena ini juga, Planetarium Negara dengan kerjasama Taman NegaraTanjung Piai turut mengadakan festival SolarFest Malaysia 2019 bermula 24 sehingga 26 Disember ini.

Orang ramai khususnya peminat aktiviti astronomi berpeluang menyaksikan gerhana matahari anulus secara Live Streaming selain diikuti 2 juta peminat astronomi di seluruh dunia dengan himpunan 2000 teleskop yang akan dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records.

Sumber : https://berita.rtm.gov.my/…/17675-gerhana-matahari-cincin-2…

0 views